Kurikulum pelajaran untuk program ini menggunakan buku AT-TAKALLUM. Buku ini telah mendapat pengiktirafan dan telah memenangi anugerah pengarang terbaik dalam pengajaran bahasa Arab untuk pelajar bukan berbahasa Arab daripada Academy of The Arabic Language, (Dewan cendikiawan Bahasa Arab di Negara Mesir)
Dengan 4 tahap penguasaan iaitu Elemantary, Starter, Intermediate & Pre-Intermediate, kurikulum Attakallum adalah sesuai untuk semua peringkat umur serta akan memudahkan anda untuk menguasai Bahasa Arab bagi tujuan komunikasi. Sangat Mudah. Belajar secara Online shj.
Program Bahasa Arab Komunikasi Online akan dapat mempertingkat 4 jenis kemahiran utama para pelajar iaitu :
SUBJEK (QAWAID) TATA BAHASA ARAB (NAHU DAN SORAF)
ILMU NAHU/ SINTAX
Ilmu Nahu adalah satu satunya ilmu bahasa arab yang bertujuan untuk membina ayat/ jumlah. Ia juga membahaskan tentang kaedah-kaedah I’rab. Melalui ilmu nahu pelajar akan mampu untuk membezakan antara kata nama, kata kerja dan kata sendi dan menguasai kata nama/ kerja yang marfu’, kata nama/kerja yang mansub, dan kata nama yang majrur, dan kata kerja yang majzum.
ILMU SORAF / MORPHOLOGY
Ilmu yang membahaskan tentang pembentukkan kalimah dalam bahasa arab dan hal keadaan satu perkataan, seperti : ( أكل – يأكل – كل )