DARI HATI PENULIS
Syukur kepada Allah kerana telah memudahkan penulisan dan penyusunan ebook ini. Terima kasih juga dan tahniah kepada tuan/puan yang bakal mendapatkannya. Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat kepada pembaca dan Allah menerima sedikit usaha ini untuk ganjaran di akhirat kelak.
Ebook ‘MAHIR ARAB DARI ALQURAN’ ini disusun bertujuan untuk berkongsi kalimah-kalimah Bahasa Arab yang diambil dari surah-surah lazim yang mudah dan boleh disusun semula menjadi perkataan lain yang berbeza makna mengguna kaedah ‘AT-TASRIF’.
ANTARA YANG BAKAL ANDA PELAJARI DALAM EBOOK INI
Dalam ebook lengkap ini, saya bakal kongsikan lebih banyak kalimah arab yang diambil bermula surah Alfatihah hingga surah At-Takathur.
Kenapa setakat At-Takathur? Kerana surah-surah ini boleh dianggap pendek dan lazimnya dibaca di dalam solat.
Jadi, mudah-mudahan dengan adanya ebook ini, boleh menjadi salah satu rujukan anda untuk lebih memahami ayat-ayat yang dibaca di dalam solat.