PENGENALAN
Madu Lebah kelulut dihasilkan oleh lebah kelulut (meliponini) yang diambil dari nektar pelbagai bunga (Multifloral honey). Lebah kelulut dikategorikan sebagai spesis lebah yang tidak bersengat dan berbeza dengan lebah bersengat (Apis sp.). Dianggarkan terdapat lebih 500 spesis lebah kelulut di dunia. Kebiasaannya lebah kelulut hidup di kawasan-kawasan Tropika dan Sub-tropika dunia. Lebah kelulut adalah agen pendebungan untuk pokok-pokok tumbuhan.
Lebah kelulut mengisi madunya di dalam kantung madu @ pot madu yang diperbuat daripada propolis. Teknologi yang ada membolehkan lebah kelulut boleh diternak untuk mendapatkan madunya . Madu yang dihasilkan kebiasaannya beraroma dan rasanya masam, manis dan tajam.
Madu kelulut yang dihasilkan oleh lebah kelulut dikatakan tinggi antioksidannya. Penghasillan madu kelulut adalah sedikit dan ini yang menyebabkan harga madu kelulut sedikit mahal dari madu lebah bersengat (Apis sp.)
*Madu kelulut sesuai diminum oleh semua bermula kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas.
Madu kelulut Premium terbukti ASLI & TULEN dan telah melalui ujian di makmal :
1) Makmal UNIPEQ, Bangi
2) Institut Genom Malaysia, Bangi
================================================
MADU KELULUT SUPERFOOD PERTAMA MALAYSIA
================================================
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menerusi agensinya, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah membangunkan penyelidikan yang membuktikan bahawa madu kelulut mempunyai testimoni dan kesannya dibuktikan secara saintifik. Dengan itu Madu kelulut diangkat dan dijenamakan sebagai superfood pertama Malaysia di peringkat antarabangsa.
Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Sharif Haron berkata, superfood adalah makanan yang kaya dengan nutrien yang sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia.
Sementara itu, Ketua Pasukan Penyelidiknya, Dr. Suri Roowi berkata, secara umum, bahan utama yang terkandung dalam madu kelulut adalah karbohidrat, protein dan asid amino, vitamin, mineral dan antioksidan serta bahan-bahan lain seperti asid organik dan hidroksimetilfurfural.
“Madu kelulut biasanya mempunyai kandungan fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa yang lebih rendah berbanding madu biasa.
“Asid fenolik, sejenis bahan antioksidan mudah serap juga hadir dalam madu kelulut dan kandungannya lebih tinggi berbanding madu tempatan atau madu import.
“Antara asid fenolik yang dijumpai dalam madu kelulut adalah asid benzoik, asid fenilpropanoik, asid 4-hidroksibenzoik, asid 4-hidroksifenil asetik, asid vanilic, asid protokatechuik dan asid p-koumarik,” ujarnya.
Jelasnya lagi, bahan-bahan tersebut mempunyai pelbagai kegunaan misalnya asid p-koumarik yang mempunyai aktiviti antioksidan tertinggi dan asid fenilpropionik yang juga efektif dalam menurunkan tahap kolesterol. *(Sumber dari Utusan Harian bertarik)
Selain itu penemuan di Institut Genom Malaysia juga menemui terdapat lebih 80% kandungan di dalam madu kelulut adalah terdiri daripada bakteria baik Lactobacillus sp. Bakteria baik ini adalah sangat baik untuk usus kita.
Antara lain kebaikan Madu Kelulut Premium :
1) Bantu Tingkatkan Metabolism Badan
2) Bantu Turunkan Kadar Gula Dalam Darah / Diabetes
3) Bantu Cantikkan kulit & awet muda
4) Bantu Sembuh Luka Dalaman Wanita Bersalin
5) Bantu Rawat Luka Luaran & Dalaman
6) Bantu Cergaskan Minda
7) Bantu Tingkatkan Daya Ingatan
8) Bantu Tingkatkan Antibodi
9) Bantu Menambah Tenaga
10) Bantu Sistem Pencernaan & Penghadaman
11) Tinggi Antioksidan
12) Bantu Stabilkan Tekanan Darah
Cara Pengambilan :
- 10ml pagi 1 jam sebelum sarapan
- 10ml malam sebelum tidur
Cara Penyimpanan :
- Elakkan daripada terdedah terus kepada cahaya matahari
- Seeloknya disimpan di dalam peti sejuk 4-10°c
- Elakkan daripada pemanasan melebihi 40°c