ANWAR IBRAHIM PM10
KALAU TAKUT PADA CABARAN,
JANGAN BICARA TENTANG PERJUANGAN
– DATO’ SERI ANWAR
Setelah 24 tahun tersingkir oleh tangan-tangan jahat, maka pada 24 Nov 22 sejarah termetri dengan pelantikan PM 10 yang bakal menghuruhi kebuntuan politik negara. Dato Seri Anwar sendiri adalah satu institusi yang mempunyai korektor nasional mampu membawa semua kelompok masyarakat yang dahagakan satu kehidupan yang harmoni dan sejahtera. Karisma beliau mampu merakyatkan kepimpinan. Kebijaksanaan beliau membina kesepakatan antara parti sehingga mencapai lebih 2/3.
Sosok pemimpin ini cukup kontroversi. Diliputi dengan pelbagai tuduhan sebelum ini oleh kerajaan yang lepas. Berbagai cara dan strategi dirancang untuk menghalang kemaraan beliau dalam pentas politik di Malaysia sejak September 1998 selepas dipecat timbalan Perdana Menteri. Bukan sedikit usaha untuk membunuh beliau dan kariernya melalui proses undang-undang dan serangan serta tuduhan yang tidak berasas.
Namun kekentalan jiwa dan kesungguhan beliau untuk menyelamatkan negara dari ketirisan kuasa, penyelewengan hasil mahsul serta rasuah telah menemui jalan penyelesaian apabila beliau diberi mandat untuk menduduki posisi nombor satu negara dan membaiki segala kepincangan seterusnya memicu negara yang gemilang serta dihormati. Pengampunan mutlak membuktikan beliau tidak pernah bersalah dan menjadi mangsa konspirasi.
Pengampunan tanpa syarat tokoh reformasi ini telah menimbulkan satu fenomena yang tidak pernah dijangka. Bak kata Jeneral Sudirman “Jika ingin menang, kena kuat. Jika ingin kuat, kena bersatu. Jika ingin bersatu… suburkan silaturrahim. Maka antara faktor utama kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU 15 adalah kerana mereka bekerja berjemaah serta berganding bahu.
“Miracles don’t just happen; people make them happen.
If you need a miracle, be a miracle.”