POJI HAJIMA JANGAN MENYERAH
DI MANA KITA LETAKKAN ALLAH SAAT KITA SENANG DAN GEMBIRA?
Ramai mencari Allah hanya dalam situasi tertentu. Di kala susah kita cari Allah sebaliknya di mana Allah ketika kita diberi nikmat. Adakah kita adil kepada yang Maha memberi dan menyediakan segala keperluan hidup.
Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah, ayat 186, “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
“Menjadi kuat tidak bererti anda dapat menangani setiap situasi sukar sendirian, sebaliknya ia memberi akal untuk meminta bantuan Allah dan orang lain.”
“KETIKA SEGALA SESUATU KELIHATAN BERLAWANAN DENGANMU, INGATLAH BAHAWA PESAWAT TERBANG MELAWAN ANGIN, BUKAN SEBALIKNYA.” – HENRY FORD