Tayammum adalah kaedah yang digunakan dalam ibadah Islam apabila air tidak tersedia atau penggunaannya dilarang disebabkan keadaan tertentu. Ia dilakukan dengan menggunakan tanah atau debu yang bersih.Debu Tayammum 25gram x 10
Kegunaan:
1. Memberi kemudahan kpd para musafir bakal-bakal haji dan umrah untuk bertayammum diatas kapal terbang dan juga kepada penumpang jarak jauh.
2. Tayammum ketika darurat ketiadaan air untuk berwuduk.
3. Tayammum bagi pesakit yang uzur tidak boleh kena air.
4. Tayammum bagi pengendalian jenazah.
5. Juga sebagai satu bahan praktikal kepada pelajar2 sekolah tentang bertayammum.
SYARAT-SYARAT TAYAMMUM
1. Sudah masuk waktu.
2. Tidak mendapat air setelah berusaha mencari.
3. Dengan debu yang suci.
4. Berhalangan menggunakan air disebabkan sakit.
5. Suci dari najis.
FARDU (RUKUN) TAYAMMUM
Rukun tayammum ada empat:
1. Niat, dengan lafaz “Sengaja aku bertayammum untuk membolehkan mengerjakan solat karena Allah Ta’ala”.
2. Mengusap muka dan dua telapak tangan sampai ke siku cukup sekali dengan debu yang suci
3. Meratakan debu yang suci itu pada seluruh anggota tayammum, iaitu muka dan kedua tangan
4. Tertib melakukannya.
PANDUAN BERTAYAMMUM
1. Niat tayammum.
2. Meletakkan dua belah tangan di atas debu untuk disapukan ke muka.
3. Menyapu muka dengan debu, tiga kali.
4. Menyapu kedua belah tangan sampai ke siku dengan debu.
5. Mentertibkan rukun.
Anggota tayammum adalah muka dan dua tangan (hingga ke siku) sahaja. Kaki tidak termasuk sebagai anggota tayammum.
SUNAT TAYAMMUM
1. Membaca bismillah
2. Menipiskan debu
3. Mendahulukan yang kanan dari yang kiri
4. Menipiskan debu
#debutanahtayammum #tanahtayammum #debutanahuntuktayammum #saputanahdicelahjaritayammum #muslim #muslimah